SEJARAH




SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin merupakan sebuah sekolah baru dibina di bawah Projek Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini terletak 4km dari Bandar Seri Manjung dan berhampiran dengan stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung. Jarak dari SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin ke Pejabat Pelajaran Daerah Manjung ialah 7km.

Pembinaan projek sekolah yang menelan belanja sebanyak RM36 juta ini bermula pada bulan Mac 2009 dan telah siap sepenuhnya pada November 2010. Kontraktor yang bertanggungjawab membina bangunan sekolah ialah Tuah Usaha Sdn. Bhd di bawah seliaan konsultan Jurujati Konsultan Sdn. Bhd.

Pada tahun pertama pembukaan, sekolah hanya menawarkan tempat kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja.

Diharapkan SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin berjaya melahirkan generasi harapan yang berwawasan dan berdaya saing dalam mencipta rekod kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.