PUSAT SUMBER



HARI PERTAMA KHIDMAT BANTU

Mulai 25 Julai 2011, 11 orang guru penyelaras Pusat Sumber & Media dari PKG Manjung telah ditugaskan untuk memberi khidmat bantuan kepada Pusat Sumber SMK Dato' Seri Kamaruddin yang baru sahaja dibuka pada tahun ini. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Seri Manjung, Encik Anuar bin Karim telah memberi taklimat kepada guru-guru yang hadir sebelum mereka memulakan khidmat di sekolah ini. Guru Penyelaras Pusat Sumber & Media akan bertugas di sini sehingga hari Rabu 27 Julai 2011.








HARI KEDUA KHIDMAT BANTU

Guru-guru Media dari PKG Seri Manjung ditugaskan untuk membantu membangunkan Pusat Sumber SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin. Dua orang guru dari SM Vokasional Seri Manjung, Encik Ishak dan Encik Hanafiah turut diundang untuk memberi panduan menggunakan alat audio di pusat sumber.







KHIDMAT BANTU HARI KETIGA

Hari Rabu merupakan hari ketiga dan terakhir khidmat bantu GPM PKG Seri Manjung. Selain daripada GPM, bantuan juga diberikan oleh Encik Shukri iaitu staf dari SM Vokasional Seri Manjung. Encik Shukri mengajar cara-cara menggunakan mesin fotostat pusat sumber.







SELEPAS KHIDMAT BANTU